Perjuangan Demi Tanah Air

Membangunkan tanah air tercinta dengan memegang prinsip perjuangan berteraskan kesederhanaan dan keikhlasan. Kami membawa suara segar yang berprinsip dan berintegriti (anti-rasuah dan anti-salahguna kuasa)

Mengapa PEJUANG?

Kenali asas-asas, prinsip dan hala tuju perjuangan kami khususnya di PEJUANG Wilayah Persekutuan

Budaya Kepimpinan BCA

PEJUANG menyeru ke arah kepimpinan yang bersih, cekap dan amanah (BCA) yang pernah dipelopori Tun Dr Mahathir dahulu. Hanya melalui penekanan prinsip ini negara akan dapat dipacu ke arah kemajuan yang lebih baik.

Mendayakan Rakyat

Di PEJUANG Wilayah Persekutuan khususnya, kami percaya dengan mendayakan kemampuan rakyat dari segi penguasaan ilmu pendidikan dan upskilling kita boleh menentukan dan mencorak takdir negara di masa depan.

Masyarakat Harmoni

Dengan memberi sedikit kelebihan kepada kumpulan pribumi, negara telah terbukti hidup harmoni sejak merdeka. PEJUANG bertujuan menerangkan & mempertahankan formula agihan ekonomi dan toleransi sosial ini.

Kolaborasi

Kolaborasi pelbagai peringkat masyarakat dari kelas rendah, menengah dan atasan – tanpa mengambil kira kaum, agama dan adat resam. Hanya dengan kerjasama sahaja kita boleh bangunkan negara ini untuk pergi lebih jauh.

Kenali Sejarah, Pengasas dan Presiden PEJUANG

Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) adalah sebuah parti politik di Malaysia yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan ketika ini dipimpin oleh Presidennya, Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Mahathir. Parti PEJUANG telah diluluskan dan didaftarkan sepenuhnya pada 8 Julai 2021. Pejuang kini adalah sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN)

Pengasas PEJUANG iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad adalah merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 (1981-2003) dan ke-7 (2018-2020). Perkhidmatan beliau sebanyak 2 kali dan 24 tahun menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat dan yang pertama menyandang jawatan itu 2 kali. Beliau memiliki ketajaman fikiran yang luar biasa dan ketika beliau mengetuai negara, Malaysia telah melalui era-era kestabilan sosio-politik dan pertumbuhan fiskal negara yang pesat.

Presiden PEJUANG ketika ini pula pernah menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, di samping memimpin negeri Kedah sebagai Menteri Besar sebanyak 2 kali. Beliau terkenal sebagai pemimpin yang berkualiti, berintegriti dan bersederhana dalam hal-hal kepimpinan.

Menerusi jalan politik dan demokrasi, Parti PEJUANG mempunyai impian untuk melahirkan pemimpin negara masa depan yang berintegriti dan berkualiti. Kami percaya bahawa prinsip perjuangan kami yang berteraskan kesederhanaan, keikhlasan dan kebenaran, adalah jalan terbaik untuk membawa negara ke tahap kemajuan yang berikutnya.

“Bangsa-bangsa Barat cuba mendakwa bahawa demokrasi tidak cacat dan menganggapnya sebagai satu sistem yang tidak siapa boleh mempertikaikan atau mengubahnya. Mereka menciptakan slogan Vox Populi, Vox Dei iaitu suara ramai adalah suara Tuhan. Tetapi percayalah demokrasi bukan suara Tuhan dan jauh daripada sempurna, bahkan ia penuh dengan kecacatan yang boleh membinasakan pengamalnya dan menjadikan mereka mangsa kezaliman demokrasi yang tidak kurang buruknya daripada kezaliman sistem feudal atau diktator.”

Tun Dr Mahathir bin Mohamad

Pengasas Parti Pejuang Tanahair

Berjuang Bersama Kami

Sertai Kami! Mulakan Perjuangan

Kami memerlukan lebih ramai suara terutama dari kalangan anak muda untuk mewarisi dan mewarnai perjuangan ini. Jom sertai kami !

Aktiviti-Aktiviti & Liputan Berita

Sekitar Mesyuarat Agung Parti Pejuang Tanah Air di Shah Alam

Pejuang WP gesa Menteri Pendidikan LETAK JAWATAN – ambil tanggungjawab isu kes buli

Pejuang WP anjur demonstrasi aman #JusticeForZara berkenaan isu kes buli Zara Qairina

Kenyataan Media – Fahmi Fadzil gagal ! Kes penahanan 400 scammer di Bangsar South

Himpunan Bantah URA – Pejuang bantah akta tidak adil dan buka ruang penganiayaan

Pejuang WP anjur Bengkel Penulisan Media Sosial

Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan Tegas Tolak Desakan Pengiktirafan UEC

Kenyataan Media – Jangan jadikan “Realiti Semasa” sebagai alasan dalam isu PTPTN

Pejuang WP laksanakan kelas pembangunan laman web dan jana pendapatan di PRN Johor

Pejuang WP hadir di Gambir sokong calon tunggal Pejuang di PRN Johor

Ketua Penerangan Pejuang WP anjurkan Program Layan World Cup 2026 dan Sembang Santai Politik